Monday, November 22, 2010

salam, lama juga saya tidak menjenguk laman blog ni, sibuk untuk menyiapkan catan akrilik, insyaallah blog akan diisi dengan beberapa hasil karya saya yang baru......................tunggu

Sunday, May 2, 2010

Pengalaman Intelektual

o Pengalaman menerusi pembacaan dan kajian
o Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan
o Meguasai penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber
o Konsep boleh memberi pendapat secara umum dan memahami idea secara abstrak
o Falsafah melibatkan rasional dan perbahasan untuk mendapatkan kebenaran
o Nilai berbaloi, mencapai hasrat dalam pengkaryaan

Pengalaman Estetik

o Kefahaman tentang aspek intelektual dan pengalaman langsung individu.
o Gabungan tentang kefahaman intelektual dan pengalaman langsung sebagai penyumbang
kepada penghasilan hasil seni visual yang bermutu.
o Sesuatu peristiwa, imbauan dan mimpi yang diterjemahkan oleh pengkarya dalam bentuk
visual sehingga dapat dihayati oleh penghayat dengan berkesan.

Pengalaman langsung

o Penglibatan secara langsung menghasilkan sesuatu karya melalui deria.
o Menyedari tentang pemeringkatan proses dan teknik dalam penghasilan karya.
o Kederiaan mengalami rasa, menyentuh, melihat, mendengar, berbau dan sebagainya.
o Keterlibatan melakukan aplikasi.
o Pengkarya berada dilokasi, melakukan teknik dan proses pengkaryaan secara langsung.

Sunday, April 25, 2010

Pengalaman Seni Visual

  • Kesan sensitiviti terhadap apa yang dialami sama ada daripada persekitaran diri mahupun alam sekeliling.
  • Berkeupayaan memahami wawasan pengkarya sehingga penghayat dapat memahami makna yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya
  • Melibatkan idea, sumber idea dan penjanaan idea
  • Pengalaman yang dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.

Soalan Teori Seni Visual

Huraikan pendekatan sejarah seni visual dari aspek pengolahan dan gaya penampilan dengan memberi contoh contoh hasil karya.

Monday, April 19, 2010

Estetika

  • Membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.
  • Melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan.
  • Dari segi psikologi, keindahan ialah sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa.
  • Keindahan itu bersifat idea dan fakta
  • Melibatkan kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi
  • Melibatkan pengalaman estetik
  • Merangka dan merancang reka letak, gubahan dan komposisi dalam membuat olahan aplikasi aspek aspek formal
      • l