Sunday, April 25, 2010

Pengalaman Seni Visual

  • Kesan sensitiviti terhadap apa yang dialami sama ada daripada persekitaran diri mahupun alam sekeliling.
  • Berkeupayaan memahami wawasan pengkarya sehingga penghayat dapat memahami makna yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya
  • Melibatkan idea, sumber idea dan penjanaan idea
  • Pengalaman yang dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.

Soalan Teori Seni Visual

Huraikan pendekatan sejarah seni visual dari aspek pengolahan dan gaya penampilan dengan memberi contoh contoh hasil karya.

Monday, April 19, 2010

Estetika

  • Membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.
  • Melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan.
  • Dari segi psikologi, keindahan ialah sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa.
  • Keindahan itu bersifat idea dan fakta
  • Melibatkan kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi
  • Melibatkan pengalaman estetik
  • Merangka dan merancang reka letak, gubahan dan komposisi dalam membuat olahan aplikasi aspek aspek formal
      • l

Galeri Langkawi

Menikmati hasil seni visual di sebuah galeri di Pulau Langkawi. Di sini terdapat hasil karya karya catan dengan gaya penampilan realistik, menjadikan figura sebagai hal subjek. Pelukis dari negara China ini dipengaruhi oleh aliran realisme, sumber idea homeges, menggambarkan potret dan kebudayaan negara tersebut dengan penggolahan aspek formal dengan begitu mahir sekali. Pelukis mengaplikasi teknik sfumato dan chiaroscuro dalam komposisi gubahannya.

Ciri-ciri kreatif / kreativiti

  • Seperti sensitiviti kepada masalah, fluency (kelancaran), flexibility (luwes) , originality( keaslian), menggubah / mentafsir semula, coherence of organization ( kelarasan organisasi), independent dan inventive respond (bebas dan tindak balas yang membina.)
  • Membina sifat individu/psikologi
  • Memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta
  • Melibatkan penerokaan, kajian, eksperimen terhadap idea, penjanaan idea dan penterjemahan idea
  • Peka terhadap isu isu
  • Mempunyai keaslian dalam pengkaryaan
  • Boleh membuat pengubahsuaian terhadap bahan dan teknik
  • Menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan
  • Dapat di nilai oleh pengkritik, pengamal dan penghayat.

Sunday, April 18, 2010

Benda subjek

  • Penerokaan melalui kajian tentang sumber yang hendak menjadi inspirasi pelukis.
  • Membuat penerokaan, kajian, eksperimen tentang objek pilihan, bahan, gaya dan teknik
  • Objek yang menjadi sumber ilham dan inspirasi pengkarya

Kandungan dalam Seni Visual

  • Penekanannya kepada pengertian dan makna (tema)
  • Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan untuk menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual.
  • Melibatkan aspek strategi kritikan
  • Penekanan kepada interpretasi dan pertimbangan
  • Meliputi aspek idea dan emosi
  • Mengupas makna tersurat dan tersirat

Thursday, April 15, 2010

Hasil karya Nirmala Shanmunghalingam ini merupakan pengkaryaan seni halus dua dimensi catan dengan penggunaan media campuran, bertajuk Vietnam 1981. Isu yang dibentangkan ialah berkaiatan dengan penderitaan akibat berlakunya peperangan. Nyawa manusia , harta benda dan masa depan yang musnah disebabkan tangan tangan manusia yang ingin berkuasa. Pengkarya mendapat ideanya dari pengalaman intelektual dengan membaca bahan cetak dan dari media elektroni tentang peristiwa berlakunya peperangan di negara Vietnam sekitar tahun 70”an. Hasil karya catan merupakan paparan imej imej ilusi dua dimensi, dengan membuat komposisi yang baik pengkarya menggabungkan imej realistik dan imej abstrak dan penggunaan warna yang terhad. Penekanan kepada makna tersurat dan tersirat kerana karya ini merupakan gaya penampilan separa abstrak.

Wednesday, April 14, 2010

Form dalam Seni Visual

  • Sebagai unsur konkrit kepada pecahan unsur tampak
  • Bagaimana aspek aspek formal di visualisasikan sama ada dalam bentuk ilusi atau nyata
  • Bentuk sesuatu karya dipersembahkan.
  • Bentuk 2 Dimensi seperti lukisan, catan dan cetakan
  • Bentuk 3 Dimensi seperti arca
  • Instalasi

Imej dalam seni visual

  • Gambaran visual yang ada hubung kait (asosiasi) dengan idea dalam karya seni visual.
  • Ekspresi visual dari idea menerusi pengguanaan media, bahan dan teknik
  • Pemilihan olahan dan gaya penampilan seni visual
  • Idealisasi
  • Representasi
  • Stailisasi
  • Realistik
  • Separa abstrak
  • Abstrak
Waktu bersantai bersama chuby di sungai Kuala Terengganu.

Tuesday, April 13, 2010

Isi/mesej dalam Seni Visual

Hasrat/ makna yang ingin disampaikan oleh pengkarya dalam konteks tertentu.
Penyataan isu isu tertentu yang melibatkan peranan seni visual
Penglibatan pengalaman estetik.

Penyataan diri dalam seni visual

Idea dan hasrat diri pengkarya
Isu yang dikemukan secara visual oleh pengkarya
Penglibatan olahan dan gaya penampilan
Penglibatan pengalaman estetik
Aplikasi aspek aspek formal
Hubungkait makna, fungsi dan konteks

Monday, April 12, 2010

Pengertian Seni Visual

  • Berdasarkan kepada beberapa aspek seperti,
  • pernyataan diri (self expression),
  • pengalaman dan sensasi visual dan sentuh,
  • 2D, 3D,
  • komunikasi visual,
  • bahan seni visual,
  • isi mesej,
  • imej,
  • form (cara persembahan)
  • content benda subjek,
  • objek berfungsi,
  • nilai estetika,
  • ciri kreatif
  • pelukis/ pandai tukang
  • Penekanan kajian seni halus kepada makna dan estetik
  • Penekanan kajian perekaan kepada fungsi dan estetik

Penjaja Ikan


Penjaja Ikan. catan cat air 1978
Menggambarkan suasana penjual ikan sedang melayani surirumah di sebuah kampong Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Definasi lukisan :
Lukisan ialah cara untuk menghasilkan imej dengan menggunakan berbagai alat dan teknik. Secara umumnya lukisan melibatkan merekod kesan di atas sesuatu permukaan dengan menekan sesuatu alat atau menggerakan alat di atas permukaan tersebut. Aalat yang biasa digunakan seperti pensil, pen dan dakwat, berus dan dakwat, pensil warna, krayon, arang, pastel dan marker. Kini penggunaan alat digital digunakan dalam penghasilan lukisan. Teknik utama yang digunakan dalam penghasilan lukisan seperti line drawing, hatching, random hatching, scribbling, stippling dan blending.

Definasi Seni Visual :

karya seni seperti lukisan, catan, seni cetakan, arca atau fotografi yang dihasilkan secara tampak dalam bentuk yang nyata. Dalam bentuk 2 dimensi seni visual merupakan bentuk seni yang berfokus kepada penghasilan karya terutamanya bertemakan alam sekeliling, seperti penghasilan catan, fotografi, seni cetak dan pembikinan filem. Kepada yang menghasilkan karyanya dalam bentuk 3 dimensi seperti arca dan seni bina dinamakan seni plastik.

salam, saya terpaksa membuat laman blog baru kerana password dulu dah lupa (12/04/2010)

Sunday, February 22, 2009



Chuby merupakan salah satu haiwan peliharaanku, begitu comel dan 'cute'. Ia merupaka seekor memerang jantan yang jinak dan manja, pandai bergurau dan suka mengganggu ketika waktu rehatku.

Aksi sebenarnya dapat dilhat apabila dibawa ke sungai pada setiap hujung minggu. Ia akan berlari lari, berenang dan menyelam kemudian akan mengikutku untuk pulang.

Musim Buah

Keceriaan unggas dan tiupan angin sepoi bahasa disertai dengan warna warna alam sekeliling menjadikan catan cat air ini begitu indah dan teruja.

Warna hijau dikontrakan dengan warna merah sebagai warna penggenap untuk mengelakkan kebosanan , terdapat berbagai jenis dan sifat jalinan pada ruang hadapan, tengah dan belakang.

Penghayat akan terasa terdengar bunyi kicauan burung-burung yang sedang menikmati buah-buahan serta bunyi geseran daun-daun ditiup angin. Melihat catan 'Musim Buah' ini merasakan seolah-olah kita berada disuatu tempat dan suasana yang damai dan tenang.

Tuesday, December 30, 2008

Pantai 1

Catan cat air, mengaplikasi kepelbagaian warna dapat menimbulkan suasana nyaman dan tenang. Penggunaan warna sejuk yang memenuhi ruang dikontrakan dengan dua warna penggenap iaitu warna merah bagi warna hijau dan warna jingga bagi warna biru.
Olahan jalinan yang berbagai mewujudkan pembahagian kesan ruang. Aplikasi teknik cat air serta teknik sapuan berus yang berbeza menimbulkan berbagai rentak dan irama yang tidak membosankan.


Tajuk : Pantai 1
Media : Cat Air
Ukuran : 28sm x 15m

Saturday, December 27, 2008

Penjual Tembakau

Catan cat air menggambarkan seorang perempuan tua sedang menjual tembakau rokok daun. Peniruan imej secara realistik dengan menitik beratkan kehalusan imej setiap hal benda. Penghasilan catan ini memerlukan pemerhatian dan pengamatan yang tepat dan jelas.
Kesan ruang dibina dengan meringkaskan objek di bahagian belakang dengan mengaplikasi teknik basah atas basah.











Tajuk : Penjual Tembakau
Media : Cat Air
Ukuran : 40 sm x 35 sm

Friday, December 26, 2008

Catan Cat Air

Menggambarkan suasana waktu pagi di sebuah kampung nelayan, menggunakan teknik basah atas basah dan aplikasi warna harmoni. Di sini warna dan jalinan mewujudkan kesan 'mood' dan ruang.
Kepelbagaian teknik sapuan berus secara spontan menghasilkan kesan jalinan dan ruang. Karya ini dihasilkan dipermukaan kertas lukisan katrij.






Tajuk : Kampong Nelayan
Media : Cat Air
Ukuran 30 cm x 20 cm

Thursday, December 25, 2008

kawan peliharaan ku

Selain dari menghasilkan karya dalam bentuk seni visual terutamanya catan, aku juga ada beberapa spesis haiwan yang menjadi teman dan juga sumber idea dalam mengilhamkan hidupku menjadi lebih kreatif.
Spesis burung merupakan salah satu haiwan pemeliharaanku. Dipaparkan di sini ialah dua jenis burung kuang, kuang biru dan kuang kuning.






Tuesday, December 23, 2008

Bermulanya satu odisi.....

Assalamualaikum....

Entah macamana tiba-tiba teringin nak buka satu blog setelah melihat dan membaca blog yang menarik dalam internet seperti blog Beib.Terima kasih!

Peristiwa ini berlaku ketika aku di Langkawi Seaview hotel (20-24.12.2008)

Mungkin juga kerana perasaan teruja melihat blog sahabat aku itu mendorong aku untuk melibatkan diri untuk menjadi seorang blogger.

Aku juga berharap agar blog ini dapat menjadi satu dorongan untuk aku terus menulis dan berkarya berkaitan dengan seni visual.



DENGAN ILMU HIDUP TIDAK JEMU
DENGAN AMAL HIDUP KITA IKHLAS
DENGAN IMAN HIDUP KITA tERARAH
DENGAN SENI HIDUP MENJADI INDAH
KREATIVITI ADA PADA INDIVIDU YANG KREATIF

Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi respons....