Sunday, February 22, 2009

Chuby merupakan salah satu haiwan peliharaanku, begitu comel dan 'cute'. Ia merupaka seekor memerang jantan yang jinak dan manja, pandai bergurau dan suka mengganggu ketika waktu rehatku.
Aksi sebenarnya dapat dilhat apabila dibawa ke sungai pada setiap hujung minggu. Ia akan berlari lari, berenang dan menyelam kemudian akan mengikutku untuk pulang.
Musim Buah
Keceriaan unggas dan tiupan angin sepoi bahasa disertai dengan warna warna alam sekeliling menjadikan catan cat air ini begitu indah dan teruja. Tuesday, December 30, 2008
Pantai 1
Catan cat air, mengaplikasi kepelbagaian warna dapat menimbulkan suasana nyaman dan tenang. Penggunaan warna sejuk yang memenuhi ruang dikontrakan dengan dua warna penggenap iaitu warna merah bagi warna hijau dan warna jingga bagi warna biru.Olahan jalinan yang berbagai mewujudkan pembahagian kesan ruang. Aplikasi teknik cat air serta teknik sapuan berus yang berbeza menimbulkan berbagai rentak dan irama yang tidak membosankan.
Tajuk : Pantai 1
Media : Cat Air
Ukuran : 28sm x 15m
Saturday, December 27, 2008
Penjual Tembakau
Catan cat air menggambarkan seorang perempuan tua sedang menjual tembakau rokok daun. Peniruan imej secara realistik dengan menitik beratkan kehalusan imej setiap hal benda. Penghasilan catan ini memerlukan pemerhatian dan pengamatan yang tepat dan jelas.Kesan ruang dibina dengan meringkaskan objek di bahagian belakang dengan mengaplikasi teknik basah atas basah.
Tajuk : Penjual Tembakau
Media : Cat Air
Ukuran : 40 sm x 35 sm
Friday, December 26, 2008
Catan Cat Air
Menggambarkan suasana waktu pagi di sebuah kampung nelayan, menggunakan teknik basah atas basah dan aplikasi warna harmoni. Di sini warna dan jalinan mewujudkan kesan 'mood' dan ruang.Kepelbagaian teknik sapuan berus secara spontan menghasilkan kesan jalinan dan ruang. Karya ini dihasilkan dipermukaan kertas lukisan katrij.
Tajuk : Kampong Nelayan
Media : Cat Air
Ukuran 30 cm x 20 cm
Thursday, December 25, 2008
kawan peliharaan ku
Selain dari menghasilkan karya dalam bentuk seni visual terutamanya catan, aku juga ada beberapa spesis haiwan yang menjadi teman dan juga sumber idea dalam mengilhamkan hidupku menjadi lebih kreatif.Spesis burung merupakan salah satu haiwan pemeliharaanku. Dipaparkan di sini ialah dua jenis burung kuang, kuang biru dan kuang kuning.
Tuesday, December 23, 2008
Bermulanya satu odisi.....
Assalamualaikum....Entah macamana tiba-tiba teringin nak buka satu blog setelah melihat dan membaca blog yang menarik dalam internet seperti blog Beib.Terima kasih!
Peristiwa ini berlaku ketika aku di Langkawi Seaview hotel (20-24.12.2008)
Mungkin juga kerana perasaan teruja melihat blog sahabat aku itu mendorong aku untuk melibatkan diri untuk menjadi seorang blogger.
Aku juga berharap agar blog ini dapat menjadi satu dorongan untuk aku terus menulis dan berkarya berkaitan dengan seni visual.
Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi respons....
No comments:
Post a Comment